Friday, March 26, 2010

Keletihan

Ari ni aku nak citer kisah semalam. Macam2 yang berlaku hingga aku keletihan. Hehehe... Tapi slalu kalo aku balik kuala, mesti letih. Tak pernah tak letih. Cuma beza letih sket ngan letih banyak je. Kalo letih banyak, memang confirm aku tdo awal la, macam semalam.

Semalam macam biasa, abes je aku keje kul 5, aku terus bertolak ke Kuala Kangsar. Dan macam biasa gak, aku akan layan lagu dari fm modulator aku yang memaenkan lagu kegermaran aku (dah lagu tu yang ko bubuh). Kebetulan time tu cuaca mendung2 and sometimes ujan turun renyai2, so agak best gak la memandu time tu. Sejuk je suasana. Lori pun tak banyak, ada la dalam 2-3 lori je. Jadi cepat la sket perjalanan aku nak sampai ke highway. Aku sampai kat tol bandar baharu kira2 kul 6 petang. Jadi aku bajet sampai nanti lebih kurang kul 6.45 atau 7, lebih kurang macam tu la.

Tapi tu la. On da way tu, something happen. Eh, tapi yang something tu bukan accident la. Nih yang aku nak citer dengan nada kemarahan sket ni. Bole lak dekat Bukit Gantang tu jalan jem. Pihak Plus tengah turap jalan. Dah la jalan tu tengah naek bukit. Jenuh gak la aku bermain tekan minyak ngan clutch. Ada la dalam 15-30 minit. Lenguh2 kaki aku dibuat nyer. Yang plus ni pun satu. Korang ni tak leh wat keje laju sket ke? Aku rasa 2 minggu lepas pun korang turap jalan yang sama kan. Nape tak siap2 lagi nih? Jalan yang mendatar bole lak korang wat laju2. Time naek bukit ko wat lama2. Korang ingat sumer keta tu keta auto ke? Kalo aku tau, baek aku turun kat taiping ikut jalan lama. Lagi cepat sampai dan takde lenguh kaki aku ni.


Ini bukan traffic jam kat Bukit Gantang tu. Gambar ini hanyalah hiasan.


Abes je lepas jem tu, tiba2 je ujan lebat turun. Memang good timing btol. Ujan lebat yang lebat giler2. Tak leh dah bawak laju2. Nanti terbabas lak. Dah la ada skali tu terlanggar lopak air (langgar sebab memang tak leh elak pun) yang agak dalam. Rasa macam nak terbabas lak. Naseb baek aku berjaya control stereng kereta dengan jaya nyer. Hehehe... So aku sampai kat umah dalam kul 7.15 malam. Time tu kawasan umah aku kat kuala ni tak ujan. Belah2 sana je yang ujan kot.

Sampai2 je aku kat umah, anak buah aku sambut aku. Mula2 muka dia cam blur je tengok aku. Tapi last2 dia sengih2. Ntah apa yang dia sengihkan, aku pun tak tau. Mungkin dia dah ingat aku sape kot. Apa2 pun, malam tu kira aku melayan dia je. Aku dapat on laptop je. Tapi nak wat apa2 tak sempat pun. Sebab bila aku naek tingkat atas, dia ikut aku. Pastu bila aku duduk je depan laptop, sat lagi dia tarik tangan aku turun bawah. Macam tu la keadaan nyer. Sebelum dia tdo, siap nak memerap ngan aku lagi. Last2 aku yang tdo kan dia. Pastu paham2 ler. Dalam keadaan letih apa sumer, sah2 aku pun jadi ngantok. Tak lama kemudian, aku pun naek la bilik aku. Tpon cik zuraida kejap (kejap je, pasal cik zuraida dah ngantok, siap dah terlena kejap). Sori ek tak dapat nak teman ida lama2 semalam.

Ari ni pun aku rasa kena melayan aqilah ni. Ni dapat berblogging pun sebab aku rasa dia tak tau aku dah bangun. Jadi senyap2 dlu aku surf internet sumer. Japgi kalo aku turun, mesti tak naek2 dah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...