Sunday, July 25, 2010

Ku tak mampu...

Jangan korang salah sangka lak ketidakmampuan apa yang aku maksudkan tu. Bukan tak mampu apa pun. Sebenar nyer, aku nak bubuh tajuk "Ku tak mampu menghayun parang lama2". Tapi cam panjang lak title aku cenggitu. Jadi, aku singkatkan je la jadi "Ku tak mampu..."

Baru2 ni aku ngan abang ipar aku ke kebun kitorang kat Sayong. Sejak arwah abah aku dah takde, takde sape nak jaga kan kebun tu. Nak harapkan aku, aku bukan reti sangat pun. Kalo ada geng tu, ok la gak. Oleh sebab itu, rumput2 kat pondok pun dah meninggi, umpama lalang. Jadi, abang ipar aku pun nak mesin la rumput2 tu. Dah tu, aku pun join la skali. Abang ipar aku mesin rumput, aku lak tebang la pokong2 yang dah layu, yang menyemak dan yang dah terlalu tinggi. Tapi kunci pondok tak jumpa lak. So terpaksa guna peralatan2 yang ada. Cangkul sabit sumer ada dalam pondok. Last2 aku menebang guna parang aka golok aje. Lebih kurang 2-3 jam menebang, ini lah result nyer...






Abes tangan aku melecet sebab menghayun parang tu dengan agak lama, ditambah pula dengan force hayunan yang tinggi. Ececece... Rugi tak bawak glove kaen. Kalo tak, takde la melecet. Lupa lak nak tangkap gambar kebun sebelum dan selepas di"trim" oleh kami. Anyway, tu baru suku je buat. Petang tu aku rehat, abang ipar aku gi ngan adik aku lak. Ari ni pun diorang wat lagi kot.

Pastu, sebelum kakak aku balik Kuala Kangsar, aku ada pesan dia bawak kan kamera digital yang aku pernah pakai time final year dlu. Tapi tak sangka dah menjadi begini rupa nyer...


Tengok macam ni nampak ok.


Sekali... Amek ko... Tempat bateri patah da...


Aku try gak bubuh bateri, and then try lekatkan ngan pita pelekat. Tapi still tak bole on. Hhhmmm... Any ideas?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...