Tuesday, October 26, 2010

Kempen Anti Merokok 2010

Sebenar nyer dah lama aku nak bubuh iklan ni kat blog aku the 1st time aku nampak iklan ni kat TV3. Tapi memandangakan time tuh still baru (aku rasa la), jenuh aku search kat internet termasuk YouTube, tapi yang kuar cuma iklan yang lama2 je. Pastu bila aku jumpa, aku asyik lupa nak wat entri pasal ni. Naseb baek aku nampak iklan ni lagi skali time Buletin Utama tadi, baru aku teringat nak post kan pasal iklan ni. So, untuk tak nak spoil kan korang, apa kata korang layan dlu iklan ni.



So, korang dah tengok sampai abes? Bagus ar korang ni... Bagi aku, iklan ni brilliant. Sebab apa aku kata brilliant? Sebab iklan ni menonjolkan signal tangan oleh secondary smoker (penghidu asap rokok) kepada primary smoker (perokok). Dan aku rasa signal tangan ni bole jadi popular kalo rakyat Malaysia btol2 mengaplikasikan sign tangan ni. Aku rasa aku pun patut wat signal ni la time gi tengok bola.

Bukan pasal apa. Biasa la kan, tengok bola kat kedai mamak. Kalo gi tengok bola, mesti ada orang hisap rokok nyer la. Yang paling aku tak tahan, kalo orang tu nyer asap, datang ke arah aku. Ni memang aku kata dalam hati, "Ki*** nyer orang..." Apatah lagi kalo time tu aku sedang sedap melantak. Mematikan terus nafsu aku nak makan. Maybe aku patut wat sign tangan yang macam dalam iklan tu kot. Tapi aku rasa lagi best kalo aku pakai t-shirt yang ada tulisan "I HATE SMOKERS!". Mesti takde yang berani nak duduk dekat2 aku kan.


p/s: aku takde la benci smokers. cuma tak sker orang hembus2 kan asap rokok tu kat aku. kalo nak merokok, jarak kan diri aku atau pastikan asap rokok tu tak kena muka aku (atau lebih tepat lagi, hidung aku).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...