Thursday, October 21, 2010

Mencelah

Lokasi Kejadian: Highway PLUS - Bandar Baru ke Kuala Kangsar


Indicator


Gambar 1

Situasi:-

"Adoyaiii... Slow la plak lori depan aku ni (tak sedar yang dia sendiri tengah drive lori). Ni yang tak puas hati nih", keluh driver lori kecik. Sambil itu, dia menjeling side mirror belah kanan dan ternampak sebuah kereta Kancil sedang memecut di lane memotong dengan kelajuan 110++ km/jam.

"Alahh... Kancil je...", kata driver lori kecik itu lalu... Rujuk gambar 2.


Gambar 2


Komen Aku:-

Adohh laa... Nak kena maki gak la driver lori yang sekor ni. Naseb baek aku ni baek hati. Aku brek la gak ngan rela hati (agar tak kena langgar) dan ngan baek hati nyer lagi skali, aku tak nyala kan lampu tinggi atau hon pun. Cuma memerhati situasi ngan hati yang membara. Hehehe... Aku agak2 aku bole tau apa yang driver tu fikirkan. Mesti dia fikir...


Driver Lori Kecik: Alaaa... Kancil je. Kalo aku terlanggar pun, bape sangat la aku kena bayar kan... Laen ar kereta besar...


Haaa... Tengok2... Logik tak hipotesis yang aku lakukan ni. Aku rasa kalo kereta Mercedes ke, BMW ke, Audi ke, tak berani nyer la dia nak mencelah tiba2 gitu. Fikir 2-3 kali. Atau mungkin 4-5. Atau mungkin 6-7 kali, dan seterus nyer...

2 comments:

pepel said...

bwk lagi laju2..haaa

aswadz said...

mana ada laju... kan halaju highway dah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...