Wednesday, October 13, 2010

Pengalaman Bermakna

Ari ni aku mendapat satu pengalaman yang bermakna untuk perkembangan karier aku. Cheewahhh... Ayat bukan maen. Tapi betul. Apa yang aku lalui ari ni, aku rasa bole membantu aku dari segi confidence level dan juga cara untuk berkomunikasi. Amende pengalaman yang aku cakap kan ni kan? Mesti korang tertanya2. Kalo tak tertanya2, silakan tertanya2 skang.

Ari ni ada lawatan pelajar daripada ADTEC, Mahang. Pada mula nyer, bos aku yang handle bagi taklimat apa sumer kan. Sedikit overview pasal SIRIM dan AMREC. Then baru diorang tour ke kawasan lab. During lawatan ke lab tu, bos aku ada hal nak ke KL. So dia sruh aku yang handle kan, dengan ada lagi sorang staff. Kira nyer pecah kepada dua kumpulan. Aku bawak diorang ke lab powder metallurgy, yang sorang gi bawak diorang tengok lab composite.

Kalo dlu2, ada gak orang datang buat lawatan nak tengok lab. Tapi time tu, aku takde la sorang2. Ada gak 2-3 orang lagi, termasuk bos aku. So takde la aku nak kena handle sorang2. Ari ni kena wat sorang2. Explain pun sorang diri, takde sape nak backup. Tapi ada sesetengah lab yang bukan bidang aku, aku explain sket2 je la. Kalo ada orang dalam lab tu, aku mintak diorang je terangkan. Hehehe...

So bila dah sumer benda tu kita yang present/ explain, depan ramai student lak tu, termasuk la ngan lecturer2 diorang (ada la 2 orang), sedikit sebanyak ada la membantu build aku nyer confidence. Benda ni berguna especially bila nak kena gi conference present paper. Aku rasa audience time tu mesti lagi ramai kan. Pangkat pun taraf PhD atau Master. Aku takat degree je... Second thing is, dari situ la aku bole tau apa kekurangan aku. Apa? Apa kekurangan aku? Oooo... Itu mana bole tau. Stakat aku je yang tau sudah la. Hehehe... Kalo nak tau, meh dengar aku citer.

Anyway, sampai cni je la aku nak citer. Mungkin pada masa akan datang, aku akan lebih well prepared. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...