Friday, December 31, 2010

Menjelang tahun 2011



Tahun 2010 dah nak cabut pi doh... Tahun 2011 dah nak maiii... Loghat utara. Dalam masa tak kurang dari sejam lagi, kita akan menyambut Tahun Baru. So aku nak wish Selamat Tahun Baru kepada korang sumer. Tahun 2011 dah bakal menjelang.
Entri ni sebenar nyer just nak greet korang sempena tahun baru. Tapi alang2 dah tulis entri, biar la berjela sket kan. Tak kan nak biarkan entri ni pendek begitu aje. Hehehe...

So, bila dah nak masuk tahun baru ni, mesti ramai yang berbincang atau berciter pasal resolusi tahun baru diorang, kawan2 diorang mahupun ahli keluarga diorang.


MEMBER A: Bro, tahun 2011 nak dekat dah ni. Apa ko nyer new year resolution?

MEMBER B: Aku rasa la bro, aku nak jadi seorang manusia yang berguna dan bole berbakti untuk negara dan bangsa.

MEMBER A: Pergghh... Sial. Gempak-starz la ko nyer resolusi ni. Camne ko nak berbakti untuk negara tu?

MEMBER B: Aku nak join team HARIMAU MALAYA...


Jawapan new year resolution yang paling klise adalah "aku nak jadi seorang yang lebih baek pada masa tahun ni, berbanding ngan tahun2 yang lepas". Tak pun "aku nak jadi manusia yang berguna dan bole berbakti kepada mak bapak aku, berbakti untuk negara dan bangsa". Haaaa... Klise ke tak klise jawapan tu?




Tu citer pasal resolusi baru. Sebelum tu mesti bukak citer pasal resolusi lama kan. Dah tercapai ke tidak. Dan begitu la seterus nyer. Cuba korang tanya aku nyer resolution apa. Capai ke tak capai.


ANONYMOUS: So, ko nyer new year resolution yang lepas dah tercapai tak?

AKU: Tak...

ANONYMOUS: Pasai pa tak tercapai?

AKU: Pasal aku takde new year resolution. Camne nak capai kan. Hehehe...




Sori la. Aku takde nyer benda2 new year resolution ni. Sebab apa? Hhhmmm... Ntah ler. Memang sejak azali lagi aku takde wat resolution ni. Kalo orang tanya pun, mungkin aku simply akan jawab je. Padahal tak sampai sebulan, aku lupa terus apa yang aku cakap sebagai NEW YEAR RESOLUTION tadi.

Mungkin la salah satu faktor aku takde wat new year resolution adalah sebab bagi aku, 1 tahun tu agak panjang gak la. So bila jarak masa tu agak panjang, susah nak agak apa yang aku nak capai dalam masa yang panjang tu. Aku lagi prefer jangka masa yang pendek2. Macam 3-4 bulan ke. Baru la senang nak letak target yang aku nak.

But then again, laen orang laen dia nyer cara nak letak target. What's wrong being different kan. In fact, aku rasa ramai gak kot yang takde wat new year resolution macam aku. Sama la kita yobb... Anyway, Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.


Bole tak kalo aku nak wat new year resolution aku macam mamat ni?


p/s: untuk sape2 yang nak new year template untuk blog, bole try template ni.

Park Royal Wallpaper

Salam. Selalu nyer cuma blog Creativity Beyond Your Limit je yang aku slalu letak wallpaper kan. So ari ni aku akan lakukan kelainan sket kat main blog aku. Pasal apa? Biasa la. Nak new year kan. Mesti la ada pembaharuan sket kan.

Kali ni aku nak letak wallpaper kat blog aku ni. Bukan wallpaper anime yang macam slalu. Tapi wallpaper yang aku sendiri snap ngan kamera Lumix aku. Maybe takde la cantik pun kalo nak compare ngan photographer profesional kan. Tapi hell, ni blog aku kan. Sker ati aku lerr...

So, as permulaan, korang layan je la 2 wallpaper nih.






Thursday, December 30, 2010

Taman Buaya Sarawak

Ingat lagi tak pasal entri conference ICSSST kat Sarawak yang aku ada gi Sarawak Cultural Village tu? Entri ni kira nyer kesinambungan kepada entri2 tersebut. Sebenar nyer ada lagi tempat yang kitorang lawat aka melancong. Salah satu nyer Taman Buaya. Aku tak ingat nama tempat buaya ni, so aku gelar kan Taman Buaya Sarawak je la ek.

Besar taman ni biasa2 je. Tapi apa yang menarik nyer, kita bole tengok diorang bagi buaya makan. Dan kebetulan time kitorang sampai tu, waktu feeding time. Langkah kanan kami di situ. Tapi aku tak ingat la pulak sama ada aku langkah masuk taman tu guna kaki kanan ke kaki kiri.

Antara buaya yang besar kat sini. Bujang Sudin nama nyer.


Buaya2 berkumpul. Its feeding time beybeh...


Sebenar nyer gambar kat atas ni hanya sebahagian je daripada buaya yang tengah berkumpul. Ada banyak lagi kelompok2 yang tengah berkumpul kat bahagian yang sama. Banyak gak la buaya kat sini. Cuma tak paham nape ada sesetengah buaya yang duduk dalam kurungan yang asing, macam Bujang Sudin tadi tuh. Diorang akan gado ek kalo bubuh skali...


video
Video buaya tengah ngap makanan yang tergantung.


Sekor lagi buaya yang keseorangan. Ada sape2 nak teman?


Ingat lagi tak kisah buaya Bujang Senang yang dah banyak membaham manusia, termasuk sorang kanak2. Aku pun tak ingat tahun bila. Tapi dah lama gak la. Kat sini ada pamer tengkorang buaya tersebut. Pastu ada gak letak gambar2 dan keratan akhbar pasal kes Bujang Senang ni. So sape2 yang berminat bole la datang sini.




Tapi sori la sebab aku tak ingat detail2 macam mana nak gi tempat ni. Yang aku tau, dia lebih kurang 30-45 minit perjalanan daripada bandar Kuching. Agak jauh gak la. Tapi aku pasti kalo tanya orang kat sana, especially tourist guide, mesti diorang tahu.

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010



Maka termaktublah dalam sejarah dengan kemenangan 4-2 secara aggregate Malaysia ke atas Indonesia tadi. Walaupun kalah 2-1 kat Stadium Bung Karno, permainan menarik ditunjukkan oleh anak buah Rajagopal. Ternyata senjata mesum 1 dan senjata mesum 2 berjaya membantu dalam kemenangan Indonesia, tapi tak cukup kuat lagi.

Pastu, aku rasa bomoh Indonesia perlu menguatkan lagi ilmu kebatinan diorang sebab diorang still tak leh challenge bomoh Malaysia. Bomoh Malaysia kasik Malaysia gol 3 bijik. Bomoh Indonesia setakat 2 je. Tu pun bolos 1. Apa daa...

Sejak bila lak Malaysia maen bomoh2 dukun2 ni. Ntah apa2 ntah akhbar Indonesia ni. Hangatkan keadaan je supaya akhbar diorang laris. Nak gelak pun ada gak bila baca. Tak tau la plak kan kalo ada orang Indonesia yang percaya ngan berita karut aka rasa nak mencarut bila baca.

Tapi ok la kan. Indonesia menang gak kat stadium keramat diorang tu. Aku call Rajagopal tadi. Dia kata, "Kita-orang sudah bagi banyak peluang pada depa (uih, sejak bila Rajagopal pandai cakap Kedah?). Ball possession kita-orang sudah bagi. Tapi dia-orang tarak juga mahu score banyak. 2 gol juga dia-orang mau. Apa sendiri mau cakap..." Beliau bercakap sambil menggeleng2 kan kepala.

Anyway, credit kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi sebab banyak gak shot on target yang dia save. Ni kalo maen fantasy football ni, ntah bape point ek yang dia dapat...

Dan congratulation gak kepada Safee Sali sebab jadi top goalscorer untuk tournament tu. Dan terima kaseh sebab bagi jaringan yang superb sampai ramai penyokong Indonesia menggigit jari time tuh. Kemudian, terima kaseh gak kepada media televisyen Indonesia kerana menayangkan ramai cewek2 hot kat stadium tu selang-seli dengan tayang game kat tengah padang. Eh, banyak lak terima kaseh ni. Cam menang anugerah lak. Hahaha...


p/s: anyway, penyokong Indonesia. please take this entry as a joke.

Monday, December 27, 2010

Skema Itu Nerd

Dan nerd itu skema. Full stop. Dan entri ni takde kena mengena ngan blog Skema Itu Hot mahu pun blog dia ada kena mengena ngan entri aku. Apatah lagi nak ada kena mengena ngan aku kan. Hehehe... Kalo korang perasan kat tajuk blog aku, ada caption "and people said that I'm a nerd". So ari ni aku akan citer kan perihal ayat caption tersebut.

Amende tu skema sebenar nyer. Dah sah. Tidak syak lagi (tengok ayat aku bukan maen skema lagi). Sape2 yang tak tau maksud skema ni memang still menetap di bangku sekolah rendah lagi. Iye. Menetap. Well, macam aku cakap tadi. Skema itu nerd dan nerd itu skema. Wahahaha...

Okay, skema yang dibincangkan ni bukan skema jawapan mana2 peperiksaan. Tapi more on penampilan dan personaliti seseorang. Kalo tak caye, tengok la gambar kat bawah ni.


Contoh budak skema jawapan. Eh...


Student2 yang ulat buku bole dikategorikan sebagai budak skema. Bergantung kepada cara diorang jadi ulat buku. Student yang menjadi "ulat buku" dengan membaca buku dengan tekun tu, sah2 tergolong dalam kategori budak skema. Student yang menjadi "ulat buku" dengan membela ulat dalam buku atau yang sker "naek bulu" time baca buku (especially time kat dalam library) dah sah bukan budak skema.

So, dari mana datang nyer quote "and people said that I'm a nerd". Nape mesti "people said"? Nape tak "I said"? Atau "Aku kata"? Nape mesti "Orang kata"? Wahh... Banyak lak tanda soal dalam perenggan ni. Sebelum aku cakap apa2, apa kata kita usha baek punyer gambar kat bawah ni. Teliti elok2...




Perrghh... Hensem dan bergaya giler mamat kat atas ni kan. Pakaian ada style. Pose pun agak macho gak la. Tali pinggang pun terjuntai. Stylo tu. Naseb baek pakai kasut, tak pakai selipar. Jadi, tang mana yang skema tu? Cuba bagi tau aku sket...

Aku pun kira sama gak la ngan mamat kat dalam gambar tu. Aku rasa penampilan aku takde la menggambarkan yang aku ni skema. Memang takde langsung la tanda2 ke"skema"an korang bole tengok secara fizikal nyer. Cuma rambut la kot yang agak skema. Sama ada belah tengah atau tepi, ikut mood atau kependekkan rambut aku.

Tapiiiii... Still orang bole detect aku ni skema. Hehehe... Giler hebat la diorang ni. Tapi aku akui. Aku memang agak skema ketika melakukan kerja2. Hey, skema2 aku pun, ada orang gak yang minat kat aku kan. Hehehe...

Kalo dlu skema time bergelar pelajar. Skang skema time bergelar pekerja. Tapi skema2 aku pun, takde la nerd sangat sampai jadi ulat buku. Skema2 aku pun, aku layan gak video game, PC game. Buku pun jarang nak sentuh. Cuma sentuh bila diperlukan je. Hehehe...

Jadi skema ni bagus hape. Bila korang jadi skema, dengan serta merta nyer hidup korang akan jadi teratur. Korang akan lebih organize dalam sumer benda yang korang wat. So takde la celaru sampai haru-biru jadi nyer.

Pastu, takde la hipokrit sangat time bekerja. Bila ada bos baru nak tunjuk rajin. Takde bos, haraammm nak wat keje. Membuta je. Tak pun ber-facebook-ing kat tempat keje. Memang takde chance la nak naek pangkat...

Tapi yang penting, jangan terlalu skema sangat. Sampai sumer benda nak skema. Sampai orang laen pun nak kena ikut ke"skema"an kita. Sumer benda nak kena ikut rules. Lagi pun, rules were made to be broken. So kalo sometimes kita broke the rules, tak salah kan. Asal kan tak membawa kepada jenayah yang membawa padah.

So, ada sape2 yang minat nak jadi budak skema? Hehehe...

Sunday, December 26, 2010

Adrenalin Final Piala Suzuki AFF 2010 1st Leg

Adrenalin tak adrenalin bila korang tengok final tadi? Malaysia 3 Indonesia 0. Aku terasa umpama adrenalin aku mengalir laju dalam badan setiap babak Malaysia menjaringkan gol. Memang classy performance la Malaysia tunjuk kan tadi.

Baru la kena ngan nama Harimau Malaya. Baru la terasa ngauman harimau tu. Well done lads. Aku rasa performance Malaysia dalam final 1st leg ni antara yang terbaek yang aku pernah tengok, atau mungkin memang yang terbaek la dibandingkan ngan sebelum ni. Harap keep up the good work time perlawanan timbal balik kat Indonesia Rabu nanti.


Agak2 ada tak pasukan Harimau Malaya mengaum macam ni?


Cuma yang sedih nyer, perlawanan tercemar ngan insiden pancaran laser ke atas pemain Indonesia, terutama penjaga gol diorang. Possibly daripada penyokong Malaysia. Common la. Takde semangat kesukanan betol la. Takde pancaran laser pun kita bole menang la kalo player Malaysia maen macam tadi...

Anyway, harap2 pasukan Malaysia akan teruskan corak attacking macam malam ni. Bukan bertahan macam lawan ngan Vietnam kat tempat lawan. Harus diingatkan, attacking is the best defensive. So control bola, keep ball possession. Sure bole menang.

Kota Keriangan Genting Highland

 


 Sape yang tak pernah gi Genting Highland? Tentu ramai yang dah pernah pergi kan, the so-called "Kota Keriangan" di kalangan penduduk Malaysia. Aku pun dah beberapa kali gi Genting Highland ni. Tapi not even once maen game2 outdoor or indoor dia. Stakat jalan2 dan amek gambar tu ada la. Paling up pun, tengok wayang kat situ. Hehehe...

Cuti baru2 ni baru aku berkesempatan nak maen game2 kat Genting ni. Tu pun lepas diajak oleh you-know-who la kan. Tapi memandangkan time ni cuti sekolah, so rate dia agak mahal la. Peak rate bahasa omputih nyer.

Sebab duit aku dah banyak lebur kat Sarawak dan Langkawi, so malas la aku nak maen sumer game yang ada. Aku stakat maen outdoor game ngan masuk Ripley's Believe or Not je...



Map untuk outdoor ngan indoor theme park. Lengkap ngan senarai game yang ada.


Map yang kat atas ni, amek lepas masuk outdoor theme park. Pandai2 ar korang cari sendiri kat mana nak amek. Aku pun mula2 tak perasan pun ada benda ni. Naseb baek nampak. Dapat gak la membantu nak pilih amende yang aku nak maen. Yang korang dapat lepas bayar tiket untuk theme park cuma voucher ngan tag nak masuk je. Tapi voucher tu aku tak pasti la untuk all season atau untuk cuti sekolah je.


Sampul voucher yang kita dapat lepas bayar.


Isi yang terkandung kat dalam sampul voucher tadi. Jangan lupa redeem. Rugi wooo kalo tak redeem.


Masuk2 je outdoor theme park tu, yang menarik perhatian aku adalah bas double decker kaler merah. Terus aku snap beberapa gambar. Antara nyer...




Kitorang lucky gak la sebab sampai agak awal gak kat Genting tu. Sebelum kul 9 lagi kitorang dah sampai. So time tu tak la ramai sangat orang (BACA: ramai orang tapi tak sesak). Dalam tak ramai tu, nak beratur untuk maen satu game tu, ada gak la dalam 30 min. Tu belum lagi kalo tengah ari. Rasa malas nak maen dah pun ada.

Antara gambar2 yang sempat aku snap adalah macam kat bawah ni. Kebanyakan game laen yang dapat nak snap, sebab memerlukan tumpuan yang penuh. Kalo tak beri tumpuan, paham2 la kan. Hehehe...


Boating...







Antara banyak2 game, yang paling lama kitorang beratur adalah untuk naek bot kat Dinosaur land. Perghh... Lama siot... Ntah bape lama ntah kitorang tunggu. Sampai ada orang yang pitam time tu. Sebab lama sangat berdiri menunggu.


Welcome to Dinosaurland...


Ada dinosaur theatre. Korang dapat la tengok dinosaur2 yang gerak secara mekanikal. Untuk budak2 maybe diorang rasa seronok. Tapi untuk orang yang level macam aku, mesti akan fikir, "Ada aku kesah?"


Jumpa ngan sedara aku, Mr. T-ReX.


Since later on, makin ramai orang kat Genting tu, dan makin panjang nak kena beratur, aku pun decide untuk malas nak maen dah. Lagi pun tengah lapo time tu. Lagi ar malas nak beratur2 ni kan.

Selaen outdoor theme park, Ripley's Believe It or Not pun kitorang masuk. Cik Eeda yang nak sangat masuk. Aku biasa2 je. Hehehe... Dalam ni ada banyak info yang menarik. Kalo kat TV tu, setakat bole tengok je kan. Kat dalam ni pun stakat bole tengok gak. Tapi ada gak yang bole pegang. Pastu ada banyak kuiz2 yang interaktif untuk korang maen dan fikir2 kan.


Kalo korang nak tahu, ni la beer yang tertua di muka bumi... Sejak zaman dinosaur lagi.
Ok, aku tipu je yang bab dinosaur tu.






Antara koleksi2 yang ada dalam Ripley's Believe It or Not. Ada banyak lagi sebenar nyer. Tapi tak kan nak bubuh sumer kot. Berjela kang entri aku ni. Ni pun cam panjang je aku tengok.

Anyway, aku enjoy dari segi excitement yang aku dapat. Tapi agak berputih mata gak lepas tengok duit baki yang tinggal dalam dompet aku. Hehehe... Tu la, pergi lagi kan waktu peak hour. Hik3... Next time mungkin akan pergi lagi. Sebab ada banyak game lagi yang tak maen. Snow World pun tak sempat nak masuk. 

So, ada sape lagi nak kongsi experience korang? Kot2 la nak propose kat aku game apa yang patut aku maen. Kalo ada, bole la tinggal kan link kat bahagian komen k.

Tuesday, December 21, 2010

EMSM Conference 2010

Ari tu aku ada cakap aku menang lucky draw, dapat beg baju kan. Kira nyer entri ni entri susulan la. Aku menang lucky draw tu time conference EMSM. EMSM (Electron Microscopy Society of Malaysia) Conference 2010 ni diadakan di Langkawi, Kedah minggu lepas. Tu yang seminggu aku takde.

Conference ni yang ke-3 aku attend tahun ni, yang berturut2 gak la lepas MMC dan ICSSST. Last conference gak untuk tahun ni. Tapi yang paling bermakna gak bagi aku. Sebab conference kali ni, aku turut terlibat sebagai salah sorang sekretariat. Siap jadi MC sementara lak tu. Bidan terjun kata orang.


Feri yang kitorang naek kat Kuala Perlis.


Sampai je kat Langkawi, terus check-in Kondo Istana. Kondo Istana, macam nama dia, is a kondo la kan. Hehehe... Orang laen duduk Hotel Bayview, tapi kitorang (3 orang termasuk aku skali) duduk kondo sebab bilik penuh. Naseb baek ari ke-3 pindah duduk Hotel Bayview. Kondo Istana ni kalo duduk ngan famili best la.


Kondo Istana...


Ari kitorang sampai tu, ari tu gak start wat keje. Takde nyer nak lepak atau jalan2 melancong kat sekitar kawasan Langkawi tu. Nak kena maki ngan bos? Haaaa... Jadi baek wat keje dlu elok2. Pasni baru bole jalan2 ok.


Gambar ballroom Hotel Bayview. Dinner untuk majlis perasmian wat kat sini ler.


Kotak2 yang kitorang pos sebelum datang ke Langkawi.
(jangan tanya sape nyer kasut tu, confirm bukan aku punyer)


Beg conference. Setiap peserta dapat satu.


Masa 1st day kitorang sampai ni, memang pulun abes la kerja2. Maklum la, petang esok nyer dah nak start daftar. Kalo tak salah aku, time tu kul 3 baru kitorang bersurai. Tu pun ada lagi keje yang tak settle. Tengok la, sampai tertdo kat atas sofa je, sebab ngantok sangat.


Yang kasut tadi tu bukan aku nyer. Yang tdo ni pun bukan aku gak.


Waktu registration.


Pemandangan luar bilik. Time ni aku dah pindah masuk Bayview dah.


Slalu nyer kalo aku wat entri pasal conference, mesti ada gambar waktu dinner kan. Well, kali ni tak bubuh dah. Sebab macam biasa. Sama je ngan dinner2 conference yang lepas. Menu pun tak banyak yang berubah. Tapi apa kata aku bubuh gambar bos2 aku lak. Haaaa... Kelainan tu...


Bos2 aku sekalian...


Takat tu je la yang aku bole citer. Yang laen tu, just macam conference yang laen2. Ada oral presentation, poster presentation. Tapi ada micrograph competition kali ni, sempena electron microscopy nyer conference kan. Dapat tengok gak gambar2 microscopy yang menarik. Nak reveal kat sini? Tak bole kot. Takut confidential, sebab dah jadi hak milik EMSM.

Since EMSM ni conference terakhir tahun ni, apa kata aku wat kelaianan sket untuk entri ni berbanding ngan entri2 conference yang laen. Oleh itu, aku akhiri entri kali ni ngan serangkap pantun (lorr, pantun je rupa nyer).


Kalo ada sumur di ladang,
Bole kita menumpang mandi,
Kalo ada umur yang panjang,
Bole kita berjumpa lagi...




p/s: saje amek gambar helang dari belakang, baru la nampak seolah2 dah nak balik Kulim.

1st Anniversary

Ni anniversary apa lak ni... Yang pertama lak tu. Anniversary ngan awek baru ke? Haaa... Mesti ada antara korang yang fikir macam tu kan... Actually, tadi aku dok belek2 la file aku. Pastu ternampak la surat terima kerja kat AMREC. So bila fikir2 balik, nak dekat setahun dah aku keje. Cuma tak ingat tarikh yang sebenar je.

So aku pun ngan rajin nyer, gi la bukak surat tu. Rupa nyer 21hb Disember 2009 aku masuk keje. Kebetulan ari ni dah 21hb. So kira genap la setahun aku bekerja kat AMREC ni. Alhamdulillah... Syukur kerja kat sini. Suasana kerja yang best. Bos lak sumer baek2. Harap2 dapat permanent. Amin...



Saturday, December 18, 2010

Lucky Draw Winner

Wahh... Dah lama aku tak bukak blog, apa tah lagi nak update kan blog aku nih. Sebenar nyer, ada banyak benda aku nak citer kan. Tapi wat masa ni, aku blom ada masa yang secukup nyer untuk mengarang panjang2. Aktiviti bulan ni ternyata terlalu banyak.

Yang Sarawak ari tu pun tak abes lagi nak tulis. Tambah lak ngan Langkawi. Ni nak pi Genting lak. Yang gi Genting ni memang yang dinantik2 kan la. Pasai apa dinanti2 kan. Tu tak leh nak bagitau la. Rahsiaaaa... (sshuuuushh....) Ehehehe...

Time dinner untuk conference EMSM (akan di-update-kan kemudian), kitorang ada la organize kan dinner. Memang rutin la setiap conference ada dinner, yang jugak kira macam dia nyer opening ceremony. So dinner ni ada skali ngan lucky draw. And guess what. Aku dapat 3rd prize... Hadiah dia... Jeng3x...


Beg yang gedabak besoorrr...


Up close sket...


Hadiah beg yang teramat la besar... Beg yang aku bawak datang ke Langkawi ni, bole terus bubuh dalam beg ni je. Siap ada ruang lagi nak bubuh beg laen aka beg galas aku. Tapi tu la. Sebab dah besar, tak muat nak letak kat bonet kereta kancil aku. Alih2 kena letak kat seat belakang gak.

Tapi nak tau satu fact yang menarik tak pasal beg ni. Beg yang aku menang menerusi lucky draw ni, adalah beg yang aku pilih sendiri. As salah sorang commitee conference kali ni, ari tu aku tolong membeli mana2 barang lucky draw yang belum dibeli. Kira nyer beg ni adalah salah satu barang dalam list tersebut.

Sampai kat kedai, aku ngan sorang lagi ahli committee ni, belek2 la beg yang ada. Belek nyer belek, ada 2 beg yang menjadi pilihan. Yang sorang ni tanya aku, yang mana lagi best. Aku jawab la "Yang ni", sambil tunjuk beg merah tu...

Last2 aku sendiri yang dapat. Kebetulan...

Saturday, December 11, 2010

Kalo ye pun polis...

Aku mulakan entri kali ni ngan membawa korang ke satu alam fantasi, di mana korang kena bayangkan yang diri korang ni adalah karekter citer yang aku baru je nak bagitau nih... Ok? Dah sedia tak? Tak kan tak sedia kot... Alaaa... Kejap je... Bayangkan ok...

Korang bayangkan diri korang sebagai tauke sebuah kedai makan. Nasi goreng, mee goreng dan segala macam yang benda yang goreng2 korang ada jual. Sebelah kedai korang, ada satu lagi kedai makan gak. Apa yang korang jual, dia jual. Apa yang korang ada, dia pun ada gak. Korang ada meja, dia pun ada meja. Korang ada kerusi, dia pun ada kerusi. Korang ada TV flat screen, dia pun ada... Kira nyer rival la nih...

Nak dijadikan citer, ada satu malam ni, datang la 2 orang pegawai polis. Baru abes sesi meronda2 kota raya. Diorang singgah la. Nak makan, lepaskan penat lelah. Walaupun aku tengok tak bape nak lelah la sangat... Tup tap tup tap, diorang duduk kat meja, kepunyaan kedai korang...


Bukan budak kecik macam ni tau.


Apa lagi kan. Sebagai tauke kedai makan yang berkaliber, korang ngan sendiri nyer mengambil order. Bukan pekerja korang ok. Korang sendiri yang amek... Baru je korang nak amek order, bole lak polis tu cakap, "kami dah order dah ngan kedai sebelah..."

Eh, bole lak diorang order ngan kedai sebelah. Padahal duduk kat meja kedai korang. Nak kata meja kedai sebelah penuh, aku tengok banyak je lagi yang kosong. Dah sah la... Duduk meja kedai korang sebab nak layan citer Ninja yang korang bukak, kat channel StarMovies... Kedai sebelah bukak citer cintan-cintun...

Eh, bole lak gitu... Duduk kedai korang, layan citer kat TV korang. Tapi order makan kat kedai sebelah. Eh, bole lak gitu... Walaupun diorang tu polis, tapi... Eh, bole lak gitu...???

Well, apa pendapat korang? Wajar ke tak wajar?


Ada rasa nak marah tak?

Wednesday, December 8, 2010

Proton Lima Pahlawan Melayu

Memandangkan entri aku pasal Pameran Motor Paris 2010 menjadi agak popular sejak kebelakangan ni, so aku ingin mengambil inisiatif ni untuk wat entri pasal pameran kereta lagi. Cuma kali ini pasal kenderaan keluaran Malaysia lak.

Baru2 ni, pameran Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS 2010) telah diadakan. Yang menjadi perhatian aku untuk entri kali ni adalah kereta jenis konsep keluaran Proton yang agak menarik untuk diperkatakan.

Tak laen tak bukan, concept car yang menggunakan nama lima pahlawan melayu yang tak asing lagi di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Kat bawah ni aku tunjukkan beberapa gambar kereta konsep ciptaan Proton ni.




Proton Tuah - Pengganti Persona.




Proton Jebat yang ditambah baek daripada model Proton Insipra.




Proton Lekir - Kesinambungan daripada model Satria GTI.




Proton Lekiu - Ubah suai daripada Exora.




Proton Kasturi - Saga BLM yang dah upgrade.

Sumber gambar: Arena Kereta


Antara banyak2 kereta konsep ni, aku rasa Proton Jebat ngan Proton Lekir gak yang nampak mantap. Tapi aku sker gak bahagian belakang Proton Tuah. Pastu, korang perasan tak lampu depan Proton Lekiu tu macam mata Spiderman? Hehehe...

Selaen daripada Proton, apa kata aku tunjukkan gak concept car hasil ciptaan Perodua. Perodua Bezza nama nyer...






So, antara banyak2 kereta konsep ni, yang mana korang minat? Agak2 kereta mana yang akan menjadi realiti, dikomersialkan pada masa akan datang?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...