Sunday, December 26, 2010

Kota Keriangan Genting Highland

 


 Sape yang tak pernah gi Genting Highland? Tentu ramai yang dah pernah pergi kan, the so-called "Kota Keriangan" di kalangan penduduk Malaysia. Aku pun dah beberapa kali gi Genting Highland ni. Tapi not even once maen game2 outdoor or indoor dia. Stakat jalan2 dan amek gambar tu ada la. Paling up pun, tengok wayang kat situ. Hehehe...

Cuti baru2 ni baru aku berkesempatan nak maen game2 kat Genting ni. Tu pun lepas diajak oleh you-know-who la kan. Tapi memandangkan time ni cuti sekolah, so rate dia agak mahal la. Peak rate bahasa omputih nyer.

Sebab duit aku dah banyak lebur kat Sarawak dan Langkawi, so malas la aku nak maen sumer game yang ada. Aku stakat maen outdoor game ngan masuk Ripley's Believe or Not je...



Map untuk outdoor ngan indoor theme park. Lengkap ngan senarai game yang ada.


Map yang kat atas ni, amek lepas masuk outdoor theme park. Pandai2 ar korang cari sendiri kat mana nak amek. Aku pun mula2 tak perasan pun ada benda ni. Naseb baek nampak. Dapat gak la membantu nak pilih amende yang aku nak maen. Yang korang dapat lepas bayar tiket untuk theme park cuma voucher ngan tag nak masuk je. Tapi voucher tu aku tak pasti la untuk all season atau untuk cuti sekolah je.


Sampul voucher yang kita dapat lepas bayar.


Isi yang terkandung kat dalam sampul voucher tadi. Jangan lupa redeem. Rugi wooo kalo tak redeem.


Masuk2 je outdoor theme park tu, yang menarik perhatian aku adalah bas double decker kaler merah. Terus aku snap beberapa gambar. Antara nyer...




Kitorang lucky gak la sebab sampai agak awal gak kat Genting tu. Sebelum kul 9 lagi kitorang dah sampai. So time tu tak la ramai sangat orang (BACA: ramai orang tapi tak sesak). Dalam tak ramai tu, nak beratur untuk maen satu game tu, ada gak la dalam 30 min. Tu belum lagi kalo tengah ari. Rasa malas nak maen dah pun ada.

Antara gambar2 yang sempat aku snap adalah macam kat bawah ni. Kebanyakan game laen yang dapat nak snap, sebab memerlukan tumpuan yang penuh. Kalo tak beri tumpuan, paham2 la kan. Hehehe...


Boating...







Antara banyak2 game, yang paling lama kitorang beratur adalah untuk naek bot kat Dinosaur land. Perghh... Lama siot... Ntah bape lama ntah kitorang tunggu. Sampai ada orang yang pitam time tu. Sebab lama sangat berdiri menunggu.


Welcome to Dinosaurland...


Ada dinosaur theatre. Korang dapat la tengok dinosaur2 yang gerak secara mekanikal. Untuk budak2 maybe diorang rasa seronok. Tapi untuk orang yang level macam aku, mesti akan fikir, "Ada aku kesah?"


Jumpa ngan sedara aku, Mr. T-ReX.


Since later on, makin ramai orang kat Genting tu, dan makin panjang nak kena beratur, aku pun decide untuk malas nak maen dah. Lagi pun tengah lapo time tu. Lagi ar malas nak beratur2 ni kan.

Selaen outdoor theme park, Ripley's Believe It or Not pun kitorang masuk. Cik Eeda yang nak sangat masuk. Aku biasa2 je. Hehehe... Dalam ni ada banyak info yang menarik. Kalo kat TV tu, setakat bole tengok je kan. Kat dalam ni pun stakat bole tengok gak. Tapi ada gak yang bole pegang. Pastu ada banyak kuiz2 yang interaktif untuk korang maen dan fikir2 kan.


Kalo korang nak tahu, ni la beer yang tertua di muka bumi... Sejak zaman dinosaur lagi.
Ok, aku tipu je yang bab dinosaur tu.






Antara koleksi2 yang ada dalam Ripley's Believe It or Not. Ada banyak lagi sebenar nyer. Tapi tak kan nak bubuh sumer kot. Berjela kang entri aku ni. Ni pun cam panjang je aku tengok.

Anyway, aku enjoy dari segi excitement yang aku dapat. Tapi agak berputih mata gak lepas tengok duit baki yang tinggal dalam dompet aku. Hehehe... Tu la, pergi lagi kan waktu peak hour. Hik3... Next time mungkin akan pergi lagi. Sebab ada banyak game lagi yang tak maen. Snow World pun tak sempat nak masuk. 

So, ada sape lagi nak kongsi experience korang? Kot2 la nak propose kat aku game apa yang patut aku maen. Kalo ada, bole la tinggal kan link kat bahagian komen k.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...