Friday, January 21, 2011

Pemandu, Kereta dan Tabiat #3

Tajuk: Panduan Memotong di Jalan Raya.


Let stop kutuk mengutuk pasal pemandu yang tak reti bawak kereta, pemandu yang takde budi takde bahasa dan pemandu yang tak bape nak belajar yakni kurang hajar. Dan apa kata kita tutup dlu kes pasal lampu high beam untuk sementara waktu. Laen kali lak kita ungkit, shall we.

Hari ni apa kata kita belajar teknik memotong kenderaan yang btol di blog yang sentiasa "So Full of Myself", di mana aku salah, engkau yang dipersalahkan dan bila engkau salah, engkau memang patut dipersalahkan. Oh, adakah aku baru mengutuk tadi. Sori2. Baru sruh stop kutuk mengutuk tadi. Ceh...

Aku tau ramai yang dah blajar kat sekolah memandu apa yang nak kena wat masa nak memotong dan apa yang tak bole wat masa memotong. Termasuklah teknik 10-saat la, teknik tengok tiang lampu la dan macam2 teori yang diajar tapi aku tau korang sumer tak pernah pakai. 

Yeah, aku tau korang tak pernah pakai. Sebab kalo korang pakai, korang dah melangkah satu kaki ke arah menjadi seorang LOSER. Jadi, baek korang mengaku yang korang tak pernah pakai teknik tadi tu. Mengaku cepat... Good...

Sebelum tu, korang kena tau waktu yang macam mana sesuai untuk memotong dan waktu yang macam mana tak sesuai untuk memotong. Bukan maen bedal je. Last2 menyusahkan diri sendiri dan juga menyusahkan orang laen.




Cara memotong yang betol adalah macam gambar kat atas. Kereta depan slow, lane kanan yang bertentangan takde kereta. Terus korang memecut dan memotong kereta yang slow tadi tu. Padan muka dia. Sape sruh slow kan.

Taaaapiii...




Ada yang berhati tegar pegi potong gak walhal kereta kat depan dah berbaris sket punyer panjang. Pastu bila ada kereta datang dari arah yang bertentangan, dok sibuk2 menghimpit ke kiri, menghimpit kereta orang laen.

Bila bab himpit menghimpit ni, tak kira korang berjaya atau tidak, dua2 outcome dia adalah tak best. Kalo korang gagal menghimpit, korang kena hentam aka lenyek aka watever-you-wanna-call ngan kenderaan dari arah depan. Even kalo korang berjaya menghimpit ke kiri, korang akan mendapat kutukan daripada kereta yang dihimpit.

Paling koman, diaorang curse dalam hati. Tapi curse dalam hati pun, kalo 10 curse korang, tak ke bakal jadi realiti tuh. Haaaa... Dan paling worst, korang kena hon atau kena di-high-beam-kan oleh kereta belakang atau korang terima isyarat yang tak bape enak untuk dipandang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...