Wednesday, January 19, 2011

Saman Perokok

Anda adalah seorang second-hand smoker? Sebab orang2 sekeliling korang adalah perokok tegar? Bagus... Kini anda ada hak untuk menyaman mereka stiap kali anda tersedut asap rokok diorang. Okay, just joking. Taappiii... Ada kes macam ni berlaku kat New York. Yess... Menyaman sebab jiran sebelah merokok...

Untuk bacaan lebih lanjut, bole baca kat Blog Serius atau bole pergi baca terus kat Daily Mail.

Kat Malaysia ni, blom pernah ada kot kes2 yang macam ni. Tapi mungkin akan terjadi pada masa hadapan. Mana la tau kan. Dlu pun Malaysia takde kes2 pelajar sekolah mati terjun bangunan sekolah. Tapi skang ni ada je kan.

Bila korang baca the rest of the entri, mungkin korang akan ingat aku ni benci sangat kat perokok. Well, benci tu takde la. Cuma tak senang hati je bila diorang merokok depan aku. Tapi tu takpe lagi. Masih bole bagi muka, lagi2 kalo member la kan.

Taaaapiiii... Kalo asap rokok kena je kat muka aku, dan secara berterusan, agak sentap gak la hati ni. Haaaa... Aku rasa baek diorang isap rokok tu, pastu ngan asap2 diorang sedut sekali. Baru la feel...Ada brani?

Tak pun aku sarankan kerajaan mencipta device dimana bila diorang nak hembuskan asap rokok tu, diorang hembus kat dalam device tu. So device tu akan tapis bla bla bla baru dilepaskan ke udara. Haaa.. Kan dan bole kurangkan second-hand smoker.




Okay2. Nampak nyer kita dah off topik kat sini. Berbalik kepada kes saman menyaman nyaman nyer... Eh. Hehehe... Anyway, kalo btol la ada kes saman menyaman just pasal merokok, aku rasa gejala merokok ni mesti akan berkurangan. Tak pun pupus terus.

Bukan apa. Nak merokok sket je, terus ada orang saman. Merokok je kat kedai makan, orang kat meja sebelah saman. Merokok kat laman rumah, jiran sebelah saman. Tak ke pening kepala dibuat nyer. Last2 confirm tak merokok dah.

Merokok dalam rumah ok? Tidakk... Tengah dok sedap layan rokok, ntah2 adik beradik korang tengah ready nak menyaman korang. Mana korang tau... Haaaa....

Taaaapiii... Kalo sorang dah start menyaman, timbul la satu fenomena saman menyaman bab rokok merokok ni. Well, what do you expect? Orang Malaysia ni kan sker meniru orang laen kan. US wat American Idol, Malaysia wat Malaysian Idol.

So bila dah ada orang yang start saman, mesti la ada orang akan meniru, dan dia juga start menyaman orang laen. Last2 timbul la fenomena saman menyaman.

Bila isu saman menyaman ni berleluasa, pihak mahkamah pun akan terima banyak aduan dan petisyen saman menyaman ni. In the end, diorang pening kepala dan last2 sumer kes tertangguh selama bertahun2.... Lepas tu orang akan stop saman menyaman. And orang akan start smoking that damn cigarette once again... The End...

The End untuk citer tu, bukan entri ni. Hehehe... Tapi aku rasa kan la, kes saman menyaman pasal merokok ni tak wujud kot. Sebab apa aku cakap gitu. Sebab...


Perokok hisap rokok kat kedai makan, ADA TAUKE KEDAI NAK KESAH?

Ada perokok kat tempat kerja merokok waktu kerja, ADA MAJIKAN NAK KESAH?

Ada perokok merokok kat kawasan larangan merokok, ADA PIHAK BERWAJIB NAK KESAH?


Tu satu hal. Lagi2 bab pihak berwajib ni. Sedangkan orang yang buang sampah kat kawasan larangan membuang sampah pun diorang tak amek tindakan, ni kan pulak kes yang susah nak dibendung. Macam biasa la kan. Yang tak leh blah tu, siap buang sampah btol2 kat papan tanda "Dilarang membuang sampah. Denda RM500".

Anyway, katakan la korang ada inisiatif nak saman pun kan... Benda yang macam ni lak jadik.


Nak saman perokok sebab merokok, ADA DIORANG NAK KESAH?

Nak saman tauke kedai makan sebab bagi customer hisap rokok dalam kedai, ADA DIORANG NAK KESAH?

Nak saman pihak berwajib sebab tak laksanakan kawalan ngan bersungguh2, ADA DIORANG NAK KESAH?

Pastu, kalo btol pun petisyen korang nak menyaman perokok2 tersebut sampai kat pihak mahkamah, ADA DIORANG NAK AMEK KESAH? Hehehe...

Anyway, entri ni sekadar renungan2 dan sekadar gurauan je. Jangan ada yang makan dalam pulak. Moga2 sesape yang menjadi perokok tegar tu, bole la kurang2 kan atau kalo bole, berhenti terus je la. Badan pun sihat nanti.

Untuk cara2 untuk mengelakkan diri daripada perokok tegar, bole la layan entri ni.



2 comments:

vanilla said...

ada aku kesah jugak? muahahah

aswadz said...

sy pun tak kesah anda tak kesah. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...