Tuesday, February 1, 2011

Menyamar Sebagai Penumpang

Ada baca paper Metro semalam? Walaupun korang ada baca, mesti ramai yang tak perasan artikel ni. Mungkin ada terbaca atau terpandang, tapi mungkin tak bape ingat. Sebab korang lebih tertumpu kepada artikel2 berunsur hiburan dan sukan. Jadi ingatan kepada artikel ni mungkin kureng sket...

Lagi pun artikel ni takde la sensasi macam keputusan pilihanraya kat Tenang bersama2 ngan kes banjir kat sana. Tapi, memandangkan Chinese New Year is just around the corner (ayat slalu orang pakai bila nak dekat ada exam), artikel ni mungkin akan melegakan segelintir pengguna pengangkutan awam.


Artikel ini...


Artikel pasal JPJ menyamar menjadi penumpang bas. Bagus sebab ngan berbuat macam ni, baru dapat tangkap pemandu2 bas yang melakukan kesalahan. Kemudian, bila pemandu2 bas baca je artikel ni, confirm diaorang akan lebih berhati2 time memandu bas. Which then, kurangkan kemalangan melibatkan pengangkutan awam, dan kurang orang yang meninggal time naek bas ekspres.

Aku dlu ada gak nak update kan pasal pemandu bas ni. Tapi apakan daya. Time tu laptop wat hal. Kena format. Tak pasal2 abes gambar2 untuk nak wat entri tu, yang aku capture sendiri secara live time aku jadi penumpang bas tersebut.

Anyway, walaupun aku dah takde gambar2 sebagai bukti, cukup la kot sekadar aku pin-point kesalahan driver bas tuh.

Pertama. Merokok dalam bas, walhal kat depan dia tuh ada tertulis dilarang merokok. Kalo bole merokok dalam bas, watpe bubuh sticker "Dilarang merokok" tu. Tak tau la driver bas tu bodo ke sebab tak tau baca perkataan kat sticker tu ke, atau majikan dia yang bodo sebab maen letak je sticker tu.

Kedua. Bersembang menggunakan handphone tanpa menggunakan handsfree. Dimana satu tangan pegang handphone, satu tangan pegang stereng. All the time. Tak sembang pun dia pegang gak handphone tuh. Dan ada satu masa tu, dia pegang stereng guna jari telunjuk ngan jari hantu je. Hebat tak? Gila kau...

Tu dua je la yang aku ingat. Yang laen aku dah tak bape ingat. Atau mungkin itu dua je kot kesalahan dia. Tapi still membahayakan penumpang. Yang paling jelas membahayakan penumpang bila dia pegang stereng guna jari telunjuk ngan jari hantu.

Agak2 nyer JPJ menyamar tak naek bas driver ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...