Monday, February 21, 2011

Reza Salleh

Korang kenal Reza Salleh? Aku pun tak kenal. Hehehe... Not until last week la. Reza Salleh ni penyanyi dan penulis lagu indie macam Yuna gak. Tapi maybe tak se-famous Yuna la. Sebab aku pun tak kenal mamat ni. Orang yang rajin layan lagu2 indie kenal la kot.

Macam yang aku cakap tadi. Nama Reza Salleh ni mungkin agak asing dalam aliran muzik arus perdana. Tapi kepada peminat gig (bukan Ryan Gigs) tempatan mesti dah sinonim kot ngan nama Reza Salleh. Even nyanyian dia dapat perhatian masyarakat luar negara, khusus nyer Australia (Sumber - Utusan Malaysia). Anak kelahiran Kuala Lumpur ni juga pernah membuat persembahan di Shout! Awads pada Julai 2009.


Biodata
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Perniagaan, Universiti Monash Australia
Adik-beradik: Sulung daripada 3 adik beradik
Kerjaya: Penyanyi, komposer, penganjur persembahan


Baru2 ni Reza Salleh mengeluarkan album sulung dia bertajuk "Realize". Aku ada dengar sket2 la lagu dia. Sket je la. Tak larat nak dengar sumer. Hehehe...

Tapi lagu Stracciatella tu macam sedap gak. The way he sang it, tak macam orang melayu yang nyanyi. Takde slang2 yang nampak macam orang Melayu yang nyanyi. Macam mat saleh nyanyi je. 

Kepada sape2 yang nak dengar online, bole klik kat SINI. Dalam page ni, ada sumer lagu dia dalam album "Realize" dan korang bole dengar secara streaming. Pastu ada gak benda2 laen macam galeri, archieves, tweets dan korang bole tengok upcoming gigs dia.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...