Monday, March 7, 2011

Interior design yang unik untuk rumah

Korang masa kecik2 pernah tak ingin rumah yang macam playground? Aku tak pernah. Hehehe... Tapi hey, design bahagian dalam rumah yang ada ciri2 macam playground mesti seronok kan. Macam design kat bawah ni.



Nak naek ke tingkat atas, kena naek tangga. Tapi bila nak turun, why not guna gelongsor kan. What a brilliant yet a fascinating idea. Bila tengok je design bahagian dalam rumah yang menarik ni, terus aku ingin nak ada rumah yang macam ni. Hehehe...

Well, aku ni nama je dah besar. Tapi perangai still ada perangai cam budak2 sket (sket ke?). Jadi kalo ada rumah macam ni, mesti akan terperap kat rumah je 24 jam. Sedangkan rumah yang biasa2 pun aku dah bole terperap kan dalam rumah time cuti. Apatah lagi kalo ada rumah yang macam ni.

Asal bosan je, gi maen gelongsor dalam rumah. Senang citer. Time tengah tengok TV dan tiba2 ada commercial break yang panjang nak mampos, korang bole kill time dengan bermaen gelongsor dalam rumah korang tu. Hilang bosan dan kegeraman korang terhadap commercial break tadi.

Best giler kalo ada rumah yang macam ni suatu hari nanti. Yela. Turun guna gelongsor. Tak memenatkan.  Seronok lak tuh. Kalo ada escalator untuk naek lagi bagus. Double tak memenatkan. Apa pendapat korang? Untuk lebih gambar, korang bole baca kat sini.


Sumber: Yahoo! News

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...