Wednesday, March 16, 2011

Kempen Membantu Mangsa Tsunami Di Jepun

Susulan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ni, Groupon Malaysia telah membuat satu kempen untuk membantu mangsa tsunami tersebut yang akan disalurkan melalui persatuan Malaysian Red Crescent kepada Japanese Red Cross.

Sebelum aku go in detail pasal kempen ni, meh aku citer sket pasal Red Cross nih. The Red Cross ni merupakan organisasi tahap international yang selalu memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa2 bencana dan membuat misi penyelamat.

Malaysian Red Crescent dan Japan's Red Cross, kedua2 persatuan ni merupakan sebahagian daripada The Red Cross. Berhubung dengan kejadian gempa dan tsunami tersebut, Japanese Red Cross telah menghantar sebanyak 62 pasukan penyelamat dan 400 ahli perubatan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Apa yang korang perlu buat untuk membantu mangsa2 tsunami ni? Korang hanya perlu donate RM 3 kepada Red Cross via Groupon Malaysia dan donation korang akan digandakan. Digandakan yang macam tuh? Well, for each RM 3 yang korang derma, Groupon Malaysia akan tambah lagi RM 3, iaitu jumlah yang sama korang derma.

Dengan itu, jumlah wang yang akan disalurkan kepada persatuan Japanese Red Cross adalah RM 6. Kepada yang berminat, korang bole klik kat SINI atau link kat bawah tuh. Kepada yang ragu2 dan musykil dengan kempen ni, apa kata korang test tengok dlu. Well, it doesn't hurt kan kalo korang just tengok je.



[Bantuan kemanusian kepada mangsa tsunami di Jepun]


Korang juga mungkin berminat untuk membaca entri2 yang berkaitan dengan kejadian tsunami yang berlaku di Jepun Sabtu lepas. Sila lihat link di bawah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...