Monday, March 14, 2011

Tsunami Jepun 2011 - Entri Susulan

Ini entri susulan kepada Tsunami Jepun 2011 - Satu Kemusnahan. Selepas 2 hari bencana alam yang dasat ini menimpa negara Jepun, apa yang berlaku pada beribu2 mangsa gempa dan tsunami tersebut.




Menurut Yahoo! News Weeked Edition, kematian akibat bencana tersebut berkemungkinan melebihi 10 000 hanya di sesebuah kawasan. Kalo campur ngan kawasan2 laen, aku rasa berganda la jawab nyer angka kematian tu.

10 000 kematian dijangkakan di kawasan Miyagi, yang mempunyai populasi seramai 2.3 juta orang penduduk dan merupakan salah satu daripada tiga kawasan yang teruk ditimpa bencana tersebut. Tapi setakat ni jumpa 379 kematian di Miyagi yang telah disahkan.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan juga menyatakan bahawa kejadian gempa bumi disusuli dengan gempa bumi tersebut merupakan krisis terbesar Jepun selepas peperangan 65 tahun yang lepas. Tak cukup dengan tu, kini Jepun mengalami krisis nuklear lak, disebabkan salah satu tangki reaktor diorang yang dikhuatiri bocor.

Buat masa skang ni, pasukan penyelamat telah diarahkan untuk mencari mangsa yang hilang di sepanjang kawasan pantai yang dilanda tsunami. Selain daripada itu, masih ada berjuta2 penduduk yang masih terputus bekalan makanan dan elektrik.

Sebenar nyer banyak lagi benda yang nak diulaskan berdasarkan apa yang aku baca. Tapi terlalu banyak sangat, tak larat lak aku nak taip. At least aku dah summarize kan apa yang berlaku kat Jepun buat masa skang nih. Kalo korang nak tahu ngan lebih lanjut, korang bole baca kat SINI.

Berikut adalah sedikit sebanyak gambar selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.


 [Kemusnahan di utara Jepun]

[Bot terbalik]


[Lambakan kereta yang musnah-punah]


[Kereta sangkut atas bumbung]


[Kapal2 terdampar]


[Bombo cuba memadamkan api yang marak di bangunan Cosmo Oil]


Sebenar nyer ada beratus2 lagi gambar yang korang bole tengok kat SINI. Tak larat aku nak letak sumer. Kalo larat pun, nanti entri ni akan menjadi super panjang dan korang akan menghabiskan keseluruhan masa korang just untuk tengok sumer gambar je.

Tapi aku ada satu benda yang tak puas hati dengan surat khabar tempatan nih. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.


[Gambar dicilok dari blog Teh Tarik Gelas Besar]


Kalo nak tahu, ni surat khabar Berita Harian edisi Berita Minggu. Agak nyer Berita Harian ni tak reti nak jaga hati orang ke? Apa perasaan orang Jepun kalo diorang ternampak gambar nih? 

Katakan la negara kita kena tsunami dan tiba2 kuar paper kat negara laen, lukis gambar Cicakman, Keluangman tak pun Upin Ipin mencicit lari apabila dikejar tsunami. Tak ke korang akan marah? 

So aku rasa aku sependapat dengan Nami dengan mengatakan bahawa Berita Harian patut meminta maaf sebab publish gambar yang tak patut nih. Bengong...


p/s: Zoy, lukisan anda tak kelakar...


UPDATED: Berita Harian telah pun memohon maaf atas ilustrasi terbabit. Baca SINI.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...