Sunday, October 30, 2011

Planet Berlian

Or you can call it Diamond Planet in English. Haaa... Terkejut tak kalo planet berlian ni betul2 wujud? Daripada sebuah bintang bertukar menjadi planet berlian. Memang bila fikir balik, macam tak logik. Macam citer fiksyen dalam muvi Steven Spielberg pun ada.

Tapi... Jangan ingat benda ni tak wujud lak. Aku buat post ni, means memang wujud la. Penemuan planet berlian ni dibuat oleh sekumpulan saintis antarabangsa gabungan daripada beberapa negara seperti Australia, Itali, England dan USA.

Planet berlian tersebut merupakan antara planet yang tertumpat setakat ini dan most of it terdiri daripada karbon. Memandangkan ketumpatan yang tinggi, saintis membuat anggapan yang karbon tersebut mestilah dalam bentuk crystalline. Korang paham tak? Apa? Tak? Takpe, abes baca entri ni, korang pi bukak buku chemistry. Hahaha... So daripada situ timbullah andaian yang planet ni terdiri daripada berlian.




Diorang wat penemuan ni menggunakan teleskop Parkes yang terletak di Australia. Dan kalo korang nak tahu, planet berlian ni pun mempunyai sistem suria yang tersendiri. Macam Bumi yang mengorbit matahari, planet berlian ni juga mengorbit sebuah bintang mati yang digelar bintang neutron setiap 2 jam. Bintang neutron tersebut digelar pulsar, yang mewakili stage terakhir pembentukan bintang.

Planet ini gak disyaki merupakan sisa2 sebuah bintang yang lebih besar yang telah kehilangan lapisan luar nyer kepada bintang neutron. Daripada segi ukuran yang diorang buat (jangan tanya aku macam mana diorang ukur), diorang mengandaikan bahawa planet berlian ni mempunyai jisim yang tinggi sket berbanding planet Musytari, tetapi mempunyai ketumpatan 20 kali ganda lebih tinggi. Giler tumpat...

Okay2. Cukup dengan sumer info2 tersebut. Aku tahu otak korang dah tepu dah lepas baca entri aku nih. Skang aku nak tanya korang, apa pendapat korang tentang penemuan bintang berlian ni. Agak2 macam mana la bentuk planet tu.

Adakah macam ni?

[Bumi campur ngan berlian jadi..?]


[Jadi camni kot? LOL]


[Ke macam ni?]


[Pastu permukaan planet nyer macam ni?]


Gambar yang last tu macam mungkin wujud dalam citer Transformer je. Hehehe... Apa pun, apa pendapat korang?


Sumber: Space Daily


***********************************************************************************

How do you like the new Volkswagen Jetta?


**********************************************************************************

4 comments:

Wanie said...

hee.no komen ~

klu ade berlian kaya la sape yg sampai sane..:)

Wanie said...
This comment has been removed by the author.
vanilla said...

tipu..tipu...tipu....

aswadz said...

@wanie: kena tggu teknologi kita maju dlu la jwb nyer. hehehe...

@vanilla: nape? tak pecaye ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...