Sunday, November 27, 2011

The Adventures of TinTin - Susulan

Sebelum ni aku ada wat entri pasal The Adventures of TinTin. Tapi masa tuh muvi ni tak kuar lagi. Minggu lepas aku baru tengok muvi ni. Apa pun, sebelum tu nak mintak maaf la kalo apa yang aku post kan tu kurang accurate.

Aku ingatkan 23 Disember. Rupa nyer minggu lepas dah tayang dah pun. Ni pun aku baru nak update hari ni sebab busy dengan benda laen. Bila aku tak busy, aku update ngan benda laen lak. Terus lupa nak wat entri pasal muvi nih. Even tunang aku dah up dlu entri pasal muvi ni.


[Snap sendiri kat depan panggung Max kat Times Square]


Citer ni mengisahkan Tin Tin, seorang journalist yang membeli sebuah kapal layar bernama Unicorn. Kapal layar Unicorn ni sebenar nyer mempunyai misteri tersendiri. Tentang cara kapal tersebut tenggelam. Barang yang dibawa atas kapal yang disyaki membawa harta karun. Even replika kapal layar tersebut pun ada 3 je.

Apabila Tin Tin membeli kapal layar tersebut, maka bermula lah pengembaraan Tin Tin apabila pada masa yang sama, Ivan Ivanovitch Sakharine juga ingin mendapatkan kapal layar tersebut. Masalah nyer, apa yang best sangat ada kat kapal layar tu? Mesti ada sesuatu yang tersembunyikan. Hehehe...

Nak tahu? Kena la tengok sendiri...




Tengok muvi ni dalam bentuk 3D kat Max Times Square memang best. Aku tak pernah masuk panggung Max sebelum nih. Tak sangka aku panggung dia besar giler. Plus masa tu tak ramai. Row aku cuma ada aku ngan tunang aku yang duduk kat tengah2, and ada couple duduk hujung skali. Muka diorang memang tak nampak langsung la. Bole bayangkan tak betapa besar nyer panggung ni kalo orang yang duduk hujung skali pun kita dah tak leh nampak muka dia?

Hehehe... Anyway, muvi ni adalah best dan terbaekk... Well, what do you expect from Steven Spielberg kan. Of course la muvi2 yang best daripada beliau. Jadi, memang tak salah memilih muvi ni untuk ditonton. Plus dengan babak2 yang kelakar sampai tunang aku ketawa kuat2 dalam panggung wayang tu. Malu aku (sambil cover muka).


Korang patut tengok The Adventures of TinTin ni kalo:

1. Korang minat tengok citer animasi 3D.

2. Korang minat kisah2 pengembaraan dan misteri.

3. Korang nak tengok something yang cool dan funny.

4. Korang nak bawak anak2 korang chill-out tengok wayang. Instead bawak diorang tengok Twilight yang ntah apa2, baek korang bawak anak korang tengok muvi nih...

5. Korang minat Steven Spielberg. Ahakzz...


Korang tak patut tengok The Adventures of TinTin kalo:

1. Korang tak minat tengok citer animasi 3D. Atau pun korang anti citer2 cenggini. Atau pun korang selalu berfikir, perlu ke animasi 3D ni wujud dalam dunia perfileman. Hahaha...

2. Korang tak minat citer Steven Spielberg.

3. Ahh sudah. Aku tak tau nak fikir apa dah. Ah, takpe la. Korang pikir la sendiri...


Rating:




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...