Tuesday, November 22, 2011

Pingat Emas Milik Harimau Muda



"Malaysia maling... Malaysia maling...". Sorakan kebanyakan penyokong Indonesia semalam, tatkala perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 antara Indonesia dan Malaysia sedang berlangsung. Serve them right sebab pasukan Harimau Muda Malaysia berjaya "maling" dan membawa pulang pingat emas ke tanah air. Dan penyokong Indonesia? Barangkali ada yang menitiskan air mata sebab kempunan tak dapat ibu segala pingat.

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda semalam kerana berjaya memenangi pingat emas semalam dan mempamerkan aksi yang bagi aku, ok jugak la. Walaupun aku tak puas hati ngan Fakri Saarani yang agak selfish (kalo tak selfish, Malaysia mungkin dah dapat 2nd goal dah minit ke-40 lebih) dan corak permainan nyer yang ntah apa2. Juga pemain yang keje nyer asyik jatuh sesaje (tak perasan sape sebab jauh).

Anyway, kita dah berjaya menutup mulut penyokong fanatik Indonesia. Walaupun kejap je sebab pasni confirm ada je benda laen yang akan timbul sebab diorang tak puas hati. Ni pun aku ada terbaca artikel kat Bola Kompas.com, ada komen yang agak melucukan and at the same time, bole dikategorikan sebagai bangang gak la.


"indonesia after all juara umum dengan perolehan medali fantastis, tanpa kecurangan, fair dan jujur. tidak seperti malingsial, waktu jadi tuan rumah 90% medali mereka karena dibantu wasit. ampyun deh!!! wow, such lots of money you malings have to bribe the referees....amazing!!"


Amacam? Kelakar tak? Tak kisah la Indonesia menang 90% ke, 100% ke. Tapi aku memang tak bole blah bila dia sebut "tanpa kecurangan, fair dan jujur". Memang tak bole blah. Kah3x...


[What?! Fair? Jujur? Don't make me laugh...]


[Lepas Malaysia menang, siap nak buat ujian air kencing lagi kat pemain Harimau Muda. Pemain Indonesia tak kena pulak...]


Jadi, tang mana tu fair and jujur? Tang mana? Cer citer cer citer... Gila... Bab ujian air kencing tuh, kejadian yang sama berlaku dalam acara menembak lepas Nur Suryani Mohamed Taibi menang pingat emas.


[Sama tak baju pegawai ni ngan baju pegawai dalam video tuh?]


Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya membawa pulang pingat emas yang berharga kepada rakyat Malaysia. Ternyata selepas diejek segelintir penyokong Indonesia, kita menjadi lebih kuat (walaupun menang penalti je).

Tahniah gak kepada pemaen Indonesia sebab bermaen cemerlang. Berjaya membuatkan jantung penyokong Malaysia berdegup kencang dan cemas apabila korang menyerang. Kepada penyokong Indonesia yang sporting, korang memang sporting. Kepada penyokong Indonesia yang tak abes2 nak ejek Malingsia2, please get a life...


p/s: anyway, takziah kepada penyokong Indonesia yang terkorban semasa menonton perlawanan semalam.


***********************************************************************************

If you could ask a lawyer ANYTHING… what would you ask?


***********************************************************************************

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...