Friday, September 28, 2012

Masa = Kasih Sayang

Bercuti seminggu aku daripada berblogging. Busy dengan keje. Outstation kat Shah Alam ari tuh. Tapi walaupun bercuti, aku sempat je baca blog korang. Cuma aku takde masa nak tulis entri untuk blog aku nih. Yang ada dalam draft pun aku tak sempat nak complete. Tapi takpe. Since ari ni aku cuti, aku akan cuba untuk siapkan. Supaya senang aku nak publish tiap2 ari pasni. Hehehe...

Sementara menantikan aku siap menaip entri yang yang laen (tu pun kalo aku rajin la), aku nak sembang sket pasal perkara yang bersangkut paut dengan hal ehwal kekeluargaan. Chewahhh... Dah macam pakar kauseling keluarga lak aku nih. Kih3...

Aku sebenar nyer cuma nak stress kan yang masa untuk bersama2 dengan family tu amat penting. Keje tu keje jugak. Tapi jangan sesekali mengabaikan keluarga. Kalau busy sangat pun, tak kan tak leh luangkan sehari untuk bersama2 dengan keluarga. Hari Ahad kan ada... Tapi kalo Ahad pun korang busy gak, tak kan at least sejam dua jam tak leh luangkan masa dengan family. Paling tak pun, makan bersama2 dengan family. Makan ramai2. Pun jadi laaaa...

Kalo ada anak, lagi la perlu korang luangkan masa dengan anak. Jangan sampai anak tak kenal korang sudah. Tak pun, anak lagi rapat ngan bibik daripada rapat ngan mak bapak nyer. Tak ke haru camtu?


[Nak tengok video mengharukan sekejap, sila tengok kat Youtube]


Kesimpulan nyer, masa = kasih sayang. Lebih banyak masa yang diluangkan untuk bersama2 keluarga, lebih banyak la diorang mendapat kasih sayang daripada korang. Tapi... Ada tapi nyer. Jangan la harap je ada kat umah. Tapi duduk kat umah 24 jam online dalam bilik. Anak bini (suami bagi yang berjantina perempuan) kat ruang tamu.


p/s: ada gaya nak jadi pakar motivasi/kaunseling tak?


6 comments:

Miss Butterfly said...

satgi buleh mintak jadi kaunselor peribadi yepp :p

puteri kasih said...

memang betul tu..sesibuk mana pun..keluarga perlu diutamakan

Unknown said...

bila tgok cara pembesaran kawan2 yg ada kurang ada lebih. rasa bersyukur cena ayah and mama didik kami. walaupun kami degil, tak ikut ckp etc. bersyukur sgt ^_^

tirahzairi said...

da berisi blom? eh....tertanya kat sini plak...hihi

-meeSUPERGIRL- said...

ada jugak anak jd ckp indon.hahaha . Slalu dgn bibik pnye pasai

aswadz said...

@eyda: insyaAllah. hehehe...

@puteri: btol2.

@piraaa: sama la kita.

@tirah: blom. hahaha...

@mee: kih3... mmg ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...