Saturday, February 28, 2015

Misteri Kellie's Castle

Kita sambung balik entri minggu lepas.

Disebabkan aku telah digesa oleh LydSunshine untuk cepat2 buat entri pasal misteri Kellie's Castle ni, aku pun menggesakan la diri ini untuk menaip entri ni. Kalau tak, mungkin entri ni lambat lagi nak keluar. Hahaha...

Okay2. Back to the topic. Walaupun seni binanya gah di mata, tapi Kellie's Castle tidak menjadi popular disebabkan architecture nyer. Tapi disebabkan oleh banyak misteri yang menyelubunginya. Disebalik architecture yang menarik, Kellie's Castle dikatakan mempunyai bilik dan terowong rahsia. Kalau korang pergi sendiri, mungkin korang tahu bilik mana. Tapi mungkin juga ada lagi bilik rahsia yang laen yang belum diketahui. Mana la tau kan...


kellie's castle, misteri kellie's castle, lubang udara terowong, terowong rahsia
[Lubang udara terowong rahsia]


Seperti yang member Mime MF pernah present, member ada terowong rahsia di Kellie's Castle. Gambar yang kat atas ni merupakan terowong udara untuk salah satu terowong rahsia yang ditemui di Kellie's Castle. Dah macam telaga pun ada aku tengok.

Sebenar nyer, ada 3 terowong rahsia yang dibina untuk tujuan melarikan diri daripada musuh.Satu ke kuil Hindu yang terletak lebih kurang 500 meter daripada Kellie's Castle. Satu lagi merupakan jalan keluar menuju ke kawasan parking kereta Kellie, tapi dilaporkan telah runtuh. Terowong ke-3 pulak hanya dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 2003 oleh JKR, semasa membuat pembinaan jalanraya. Agak2 ada lagi tak terowong rahsia kat Kellie's Castle ni. Hhhmmmm...

Dan yang paling menarik nyer tentang Kellie's Castle ni, ada sesetengah berpendapat Kellie's Castle ni berhantu. Haunted sampai pihak yang jaga Kellie's Castle ni ada buat aktiviti Paranormal Night Tour untuk pengunjung yang berminat.

Tapi kalo korang pergi belah siang macam aku hari tu, takde rasa apa pun. Meremang bulu tu tak pernah pun. Berbulu tu ada la. Berbulu dengan cuaca yang panas terik. Hahaha... Hitam terus aku time tuh. Tapi kalau belah malam, mungkin lain citer la sebab kiri kanan Kellie's Castle ni berhutan. So boleh dikatakan tempat jin bertendang jugak la.


kellie's castle, misteri kellie's castle, koridor misteri, paranormal
[Koridor yang dikatakan salah spot "panas"]


Peristiwa #1

Koridor kat gambar atas ni antara kawasan yang dilaporkan penampakan roh William Kellie Smith (owner Kellie's Castle) selain ada beberapa tempat yang laen. Seorang ahli naturalis saintifik yang datang membuat kajian tentang haiwan yang keluar malam ternampak satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki berbangsa Eropah sedang menjenguk daripada salah satu tingkat di istana berkenaan.


kellie's castle, misteri kellie's castle, koridor misteri
[Misteri sungguh koridor tersebut]


Peristiwa #2

Bilik tidur anak perempuan Kellie yang bernama Helen turut menjadi salah satu kawasan hot spot kerana pernah dilaporkan penampakan roh seorang budak perempuan berbangsa Eropah dalam lingkungan umur 6 tahun. Tapi sejauh mana kesahihan nyer, tak tau la sebab Helen tak mati pun kat Kellie's Castle. Sebaliknya dia dah pulang ke Eropah bersama emaknya. Hanya Anthony yang mati semasa perang meletus. Jadi, roh sape tu agak2?


Peristiwa #3

Bekas pengawal Kellie's Castle pernah melaporkan yang dia ternampak langsuir semasa membuat rondaan. Masa tu dia baru melepasi sebatang pokong angsana.


Peristiwa #4

Peristiwa yang ni pernah keluar News Strait Times, 8 Oktober 2006. Keluar surat khabar 2006, tapi citer ni back-dated tahun 1995. Dikatakan 4 orang sahabat dari Tapah pertama kali datang berkunjung ke Kellie's Castle. Masa mereka sampai tu dah pukul 5 petang.

Seorang lelaki (dipercayai pengawal) datang berjumpa dengan diorang untuk memaklumkan yang waktu melawat dah tamat. Semasa diorang nak balik tu, salah seorang daripada diorang menoleh. Baru diorang sedar yang pengawal tadi TIDAK BERKAKI dan seakan2 melayang ke arah pondok pengawal.


p/s: ada berani nak datang Kellie's Castle waktu senja atau malam?


Sunday, February 22, 2015

Sejarah Kellie's Castle

Dalam entri INI, aku pernah janji yang aku akan citer kan pasal misteri2 yang menyelubungi Kellie's Castle. Tapi sebelum tuh, kena la tau dlu sedikit sebanyak tentang sejarah Kellie's Castle kan. Jadi, meh aku kongsikan sedikit info tentang Kellie's Castle.


kellie's castle, sejarah kellie's castle


Sejarah Kellie's Castle

Kellie's Castle terletak di Batu Gajah, Perak. Kira2 30-40 minit daripada exit Simpang Pulai. Kellie's Castle merupakan rumah agam (mansion) yang terbiar dan tidak sempat disiapkan, kepunyaan William Kellie Smith. William Kellie Smith merupakan seorang businessman yang berjaya memperolehi banyak konsesi daripada kerajaan negeri dan merupakan antara keluarga yang elit di negeri Perak pada ketika itu. Antara bidang perniagaan yang dikuasai oleh Kellie adalah perusahaan ladang getah dan perlombongan bijih timah.

Pada tahun 1903, Kellie telah pulang ke Scotland dan berkahwin dengan Agnes Monica sebelum pulang semula ke Malaya. Kellie dikatakan telah bertemu dengan Agnes di atas kapal, semasa pulang dari Pulau Pinang. Pada tahun 1904, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Helen. Seperti Taj Mahal, Kellie's Castle dikatakan dibina sebagai lambang cinta Kellie terhadap isterinya. Kella's House mula dibina pada tahun 1909 dan kemudian expansion Kellie's Castle mula dibina selepas kelahiran anak mereka yang ke-2, iaitu Anthony pada tahun 1915.


william kellie smith, kellie's castle, pemilik kellie's castle
[Pemilik Kellie's Castle, William Kellie Smith]


Semasa pembinaan Kellie's Castle, ramai buruh kasar mati kerana diserang virus Spanish Flu yang menyebabkan kerja pembinaan terbantut seketika. Tapi selepas dinasihatkan untuk membina sebuah kuil Hindu di seberang sungai, keadaan kembali pulih. Namun begitu, kerja2 pembinaan dihentikan selepas kematian Kellie pada tahun 1926 akibat pneumonia.


Info Menarik Tentang Kellie's Castle

1. Kellie's Castle dibina menggunakan campuran putih telur itik, pasir kapur, gula merah dan madu.

2. Tidak menggunakan paku, besi dan jentera berat.

3. Sekiranya lif di bahagian menara siap dibina, Kellie's Castle akan menjadi bangunan pertama di Malaya yang mempunyai lif.

4. Turut mempunyai padang tenis berlantaikan simen di bahagian bumbung.

5. Agnes, isteri Kellie tidak ada tali persaudaraan dengan Agnes Monica. Ok, ini aku saje tambah kot2 korang tak tau. Hehehe...


p/s: misteri dia, nanti je la aku kupaskan. panjang dah ni...

Friday, February 20, 2015

Korean Drama - Master's Sun

Macam dah lama je aku tak buat k-drama review. Last ari tu bulan September tahun lepas. Sambil2 aku tak review tu, actually dah 2 drama aku dah settle tengok. Tapi tak ingat langsung nak update kat blog. Ni pun actually salah satu entri yang dah terperam juga. Hahaha... So hari ni aku start dengan citer Master's Sun dlu ye. Since aku cuma tengok yang downloaded punya, so maybe sape2 yang rajin tengok online tuh, mungkin dah tengok la citer ni.


master's sun, k-drama, review


Citer ni mengisahkan Tae Kong-Sil (lakonan Kong Hyo-Jin) yang boleh melihat dan juga berinteraksi dengan roh dan hantu selepas terlibat dalam suatu kemalangan. Oleh sebab itu, kehidupan Kong-Sil selalu diselubungi dengan ketakutan sehinggalah dia berjumpa dengan Joo Joong-Won (So Ji-Sub) yang merupakan seorang president sebuah mall yang bernama Kingdom.

Joong-Won ni umpama life saviour la kepada Kong-Sil ni sebab everytime dia sentuh Joong-Won, semua roh/hantu yang kacau dia semua poofff, hilang macam tuh je. Disebabkan Kong-Sil ni boleh nampak hantu, Joong-Won pun hire Kong-Sil untuk solve problem dia, yang juga melibatkan hantu dan kisah silam dia. Kalau nak tahu jalan citer dia, kenalah tengok sendiri kan. Baru feel...




Citer Master's Sun ni boleh dikategorikan sebagai antara k-drama yang best jugak la. Terhibur aku tengok watak hero ngan heroin ni. Jalan citer pun menarik sebab involve misteri2 yang heroin ni kena solve. Termasuk dengan misteri yang melibatkan hero citer nih.

Aku dah la suka bab2 misteri ni. Campur lak dengan hantu2 nih. Sometimes maybe agak menakutkan juga kot hantu2 dalam citer ni. Sebab wife aku tak nak tengok sorang2. Means, citer ni agak seram gak la kan. Bagi aku tak pun. Korang rasa? Hehehe... Apa pun, citer ni memang best.




Thursday, February 19, 2015

Happy Chinese New Year

happy chinese new year, cny 2015






Happy Chinese New Year kepada semua member2 dan juga blogger2 yang berbangsa Cina. Kepada yang lain, happy holiday. Tentu seronok sebab dapat cuti 4 hari kan. Boleh pergi jalan2. Sebab aku keje kat Kedah, so cuti dapat 3 hari je. Tapi still boleh jalan2 sebab aku ada book-off 2 hari. So jadi 5 hari cuti aku. Hehehe...

Sebab apa ada 2 hari book-off? Hari tu ada join exhibition kat PWTC Kuala Lumpur pada 12-14 Februari 2015. Since exhibition ni berlangsung pada hari Khamis hingga Sabtu, so aku boleh ganti cuti la untuk Jumaat dan Sabtu. Jadi aku ganti pada hari Rabu semalam dan Ahad ni. Semalam saje tak update blog sebab nak rehat puas2. Hehehe...

Hhhhmmmmm...

So cuti Chinese New Year ni, apa perancangan korang?


Friday, February 6, 2015

Kellie's Castle

kellie's castle


Masa cuti sekolah hari tuh, btol2 sebelum sesi persekolahan tahun 2015 bermula (lepas kena tangguh sebab banjir), aku ngan wife aku sempat singgah ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak. Saje bawak wife aku jalan2 sebab dah banyak kali aku janji nak bawak dia pergi, tapi tak pergi2. Padahal kampung aku kat Kuala Kangsar je pun. Bukan jauh mana pun. Hehehe...

Aku pun dah lama tak menjejak kaki kat sini. Last time mungkin masa aku still sekolah rendah lagi. Masa tu kecik kan. Mana nak ingat apa2 pun. Masa aku pergi hari tuh, cuaca memang baek punya. Elok je memancar matahari, tegak di atas kepala. Amek gambar kat luar pun jadi tak berapa cantik, sebab muka berkerut (yang ni aku).


kellie's castle, kellie's castle ruin
[Rumah asal Kellie yang musnah lepas kena bom masa perang]


Macam yang aku stated dalam caption yang atas tu, gambar atas tu sebenar nyer rumah asal Kellie. Gambar yang korang nampak cantik mula2 tadi (gambar paling atas) yang tu Istana Kellie, yang dibuat sebagai expansion kepada rumah Kellie. Istana Kellie yang tak sempat siap sebab pembinaan tergendala lepas owner dia, William Kellie Smith meninggal. Gambar kat bawah ni untuk view yang lagi jelas.


kellie's castle, kellie's castle ruin
[Kiri: Rumah Kellie. Kanan: Istana Kellie yang tak sempat siap]


Sebelum kematian William Kellie Smith, construction dah beberapa kali tergendala. Antara disebabkan oleh faktor kewangan dan juga akibat wabak Spanish Flu yang melanda pada waktu itu, menyebabkan kematian pekerja-pekerja construction ketika itu.


kellie's castle, kellie's castle interior
[Bahagian dalam Istana Kellie yang diolah semula berdasarkan era pada waktu itu]


Sebenar nyer ada pelbagai misteri yang menyelubungi Kellie's Castle sebenar nyer. Tapi mungkin aku akan ulas dalam entri2 yang seterus nyer, kalau aku rajin. Kalau aku rajin ye. Hehehe... Antara nyer yang mungkin menarik minat korang.


kellie's castle, kellie's castle ruin, hallway berhantu
[Hallway yang dikatakan BERHANTU]


Jeng Jeng Jeng...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...