Saturday, April 25, 2015

Avengers - Age of Ultron

Semalam review. Hari ni review lagi. Tapi tak kisah la. Asalkan aku rajin update sket. Hahaha... Dah lama sebenar nyer tunggu movie ni keluar ke panggung wayang. Keluar juga beliau akhir nyer 23 April lepas. Cuti2 ni, terus pergi tengok. Datang awal pun, seat belakang banyak penuh. Ni mesti datang 2-3 hari awal beli tiket. Hahaha...


avengers, age of ultron, wallpaper, movie, review


Dalam babak awal Age of Ultron ni, korang akan disajikan dengan babak pertarungan Avengers dengan pihak musuh untuk secure cokmar (scepter) Loki. Masa ni juga akan muncul Quicksilver dan Scarlet Witch. Cuma masa ni diorang belum join Avengers lagi. Dan waktu ni diorang adalah musuh. Waktu bila diorang join tu, korang boleh tengok sendiri. Tak kan nak bagi spoiler banyak2 pulak kan. Nanti kena maki.

As the story goes on. Bla bla bla... Diorang dapat cokmar Loki tu. Dipendekkan citer. Tony Stark cuba nak guna kuasa sakti daripada cokmar. Something goes wrong. Puff... Ultron muncul. Bila Ultron muncul, seperti biasa, nyawa penduduk Bumi dalam bahaya. Tugas Avengers menyelamatkan dunia. Uishh... Kalau aku jadi direktor ni, 10 minit je movie ni aku direct. Hahaha...

Apa pun, layan trailer ni dlu.




Pada pendapat aku, memang puas hati tengok movie ni. Berbaloi... Tak tau la kalau orang laen kan. Aku memang seronok je tengok movie2 yang ada mass destruction ni. Hahaha... Antara part yang menarik bagi aku adalah time Iron Man lawan Hulk guna Hulkbuster, dan semesti nyer pertarungan beramai2 menentang Ultron pada part klimaks movie ni.

Part kelakar lak aku rasa masa masing2 cuba nak angkat hammer Thor. Of course la diorang tak boleh nak angkat kan. Bak kata Thor, "you're not worthy". Antara Vision, Quicksilver dan Scarlet Witch, aku macam tertarik dengan kuasa Scarlet Witch sebab macam best je kuasa dia.


avengers, new member, vision, scarlet witch, quicksilver
[New member of Avengers Age of Ultron]


Korang wajib tengok kalau:

1. Korang peminat watak2 dalam pasukan Avengers.

2. Korang nak tengok Hulkbuster.


avengers, iron man, hulkbuster
 [Hulkbuster yang berfungsi untuk mengawal kemarahan Hulk]


3. Korang suka tengok mass destruction.

4. Korang adalah seorang mad scientist macam Tony Stark dan Bruce Banner (ini mungkin agak kurang relevan)

5. Korang peminat Scarlet Johansson (okay, yang ni relevan)

6. Dah lama korang tunggu movie Avengers ni keluar. Dah lama tunggu, tak kan tak tengok pulak...




14 comments:

Anonymous said...

laju giler hupdate..hiii

Dunia Zumal said...

Wah, hulk jadi hulkbuster yer...

Dunia Zumal said...

Wah, hulk jadi hulkbuster yer...

hana hadi said...

memang nak tengok ceta nie minggu depan.. hana dah tau kalau tengok awal2 ni mesti seat xbest huhu

Faiz Zakaria said...

hahaha.. tapi jangan sebut pasal vision.. spoiler tu.. saya tak tau langsung pasal vision, sampai la tengok sendiri kat wayang sbb dalam trailer rasanya x jumpa langsung watak tu..

zuhdi sanusi said...

fuhh., layann.,

Unknown said...

baca sekali imbas je sebab taknak spoiler. haha. tak pi tengok lagi oi.. baru esok nak menyinggah cinema ni. hehe

aswadz said...

@anon: well, biasa la. kalau tak update cepat, kena tunggu the next week lak. dah basi dah time tuh.

@zumal: bukan hulk jadi hulkbuster. mula ingat macam tu gak. tapi bukan rupa nyer.

@hana: amek je couple seat. huhuhu...

@faiz: aku pun sama. ntah apa2 la.

@zuhdi: layannn...

aswadz said...

@aisya: aku tak letak spoiler sangat.

Nina Mads said...

memang best.. ada nampak setiap watak dgn kisah tersendiri. harap2 hulk bercinta dgn black widow. huhu

dear anies said...

x tgk pun lagi...lom ada ms...mungkin tgk kt tenet je hahahah

aswadz said...

@amanina: nampak macam tu la.

@anies: tunggu download pun boleh.

Siti Yang Menaip said...

hehehe sokong sokong semua sebab2 kena tengok avengers.. tony stark yang macho gila. captain yang cool abes.. and tetiba rasa hulk pun hensem.. i mean doctor tu kekeke..

dalam serious ada lawaknya citer ni kan..

aswadz said...

terima kasih sbb sokong. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...