Tuesday, June 20, 2017

Selamat Hari Raya Aidiltri

Minggu ni minggu last puasa. Jadi amacam preparation korang? Maksud aku, preparation Lailatul Qadar korang. Bukan preparation raya. Huhuhu... Esok aku dah start cuti. Tahun ni turn balik Kelantan. So biasa nyer kalau balik Kelantan, memang aku akan balik awal sket sebab tak nak "sangkut" dalam kesesakan lalu lintas. Kalau anak aku dah sekolah nanti, mungkin time tu nak tak nak, kena menyumbang kepada kesesakan jugak la. So sementara tunggu yang itu, kita balik awal je la. Hehehe...




So, since Ahad ni pun dah Hari Raya (aku pun tak tau bila next post aku), aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Kepada yang kena drive jauh2 balik kampung, make sure check kereta korang supaya berada dalam keadaan tip top. Mana yang blom servis tu, gi la servis cepat2. Dan yang paling penting, drive hati2 dan jangan gelojoh ketika memandu. Ingatlah orang tersayang (dah macam iklan pulak).




Saturday, June 17, 2017

Gunting Rambut dan Masalah

Benda ni pernah jadi kat korang tak?
I mean guys la.




Pergi kedai gunting rambut.

"Potong rambut sikit je ye".

Bangla tu pi potong rambut aku sampai tinggal sikit.


Korang pernah experience benda yang sama tak?


Thursday, June 15, 2017

Raya Promotion 2017 by Rexylla

Sebelum aku terlupa, better aku up sket pasal promotion sempena Hari Raya Aidilfitri daripada Rexylla. Korang boleh stalk diorang punya Facebook page and Instagram (ID Rexylla). Kalau malas, kat sidebar kiri blog aku ada page Rexylla. Scroll terus kat situ untuk new update.


rexylla, raya promotion


Ada promosi sampai 50%. Nak tau apa dia, boleh PM terus Rexylla. Tak pun WhatsApp terus tanya. Mana berkenan tu, grab terus sementara masih ada stok. Jangan cakap abang tak payung pulak. Hahaha...



Sunday, June 11, 2017

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Hari ni dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Rasa nyer belum terlambat kalau aku nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa untuk tahun ni. Lagi separuh bulan je untuk kita kumpul pahala banyak2 dalam bulan yang mulia ni.


ramadhan, puasa


So macam mana puasa korang tahun ni? Aku? Alhamdulillah. Belum ada yang tertinggal. Hahaha... Daripada 15 hari berpuasa (tak termasuk hari ni), baru 3 kali aku pergi Bazaar Ramadhan. Tu pun kalau ikutkan, 2 tu tak patut kira sebab terpaksa. Satu sebab Khamis lepas, habis keje aku terus balik Kuala Kangsar. Nak tak nak kena singgah beli kuih untuk berbuka dalam kereta. Malas nak singgah RnR sebab confirm penuh. Satu lagi sebab balik Kuala kejap je, jadi hari Jumaat beli makanan kat bazaar je. Sabtu pagi gerak balik Kulim. 

Jadi yang sebenar2 nyer aku gi bazaar sebab nak pergi bazaar cuma sekali je. Big improvement tu. Jimat banyak duit dan mengelakkan pembaziran akibat rambang mata tengok makanan. Plus tahun ni aku rasa macam daya tarikan nak pergi bazaar tu dah kurang. Mungkin faktor usia kot. Huhuhu...

Korang lak macam mana? Banyak gi bazaar ke atau korang@pasangan korang memasak kat rumah je? Cer citer...


Saturday, April 29, 2017

Jawapan Teka-Teki

Soalan teka-teki yang aku bagi sebelum ni.
2 bulan baru nak muncul jawapan.
Hahaha...




Nak tau jawapan dia?




Tahniah la sape yang jawab btol tu.
Korang memang power.


p/s: faiz tanya, bila teka-teki seterusnya. aku jawab, 2 bulan lagi (tu pun kalau ingat). hehehe...


Tuesday, February 28, 2017

Teka-Teki

Apa benda yang dekat dalam ikan.
Dekat luar ayam.

Haaaaa...
Jawab2.


Tuesday, January 24, 2017

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Bagi yang menyambut CNY lah. Tahun ayam kata nyer. Yang tak sambut, selamat bercuti. Dan berhati2 di jalan raya mahupun di lebuh raya. Korang bila start cuti. Aku macam nak start dah ni. Huhuhu...


happy chinese new year, selamat menyambut tahun baru cina, cny, rexylla, promotion
[Happy Chinese New Year. Eh, ter"promote" pulak]



Saturday, January 21, 2017

Video Editing Services

Announcement!!!

Ecece... Saje je nak buat gempak sebenar nyer. Just nak bagitau yang skang ni aku berkecimpung dalam industri baru, iaitu video editing service. Lebih kepada part-time freelancer sebenar nyer. Bukan full-time pun. Hehehe... Kalau korang ada Instagram, boleh search "rexstudio17" atau klik je kat SINI. Lagi cantik kalau korang follow sekali. Hehehe...


rex studio, official logo, video editing, video editing services
[Official logo Rex Studio]


Macam kenal je gambar T-Rex tu. Hahaha... Kalau ada yang nak buat video, korang boleh contact atau WhatsApp aku (nombor ada tertera dekat IG). Antara service yang disediakan termasuk motion graphic, corporate video, gimmick dan lauching montage, product promotion video, logo reveal dan juga video teaser untuk perkahwinan, pertunangan dan sebagai nyer

Kalau korang ada buat bisnes secara online, korang boleh buat video untuk produk korang untuk tarik lebih banyak viewer. Jangan risau. Harga tak mahal mana. Bergantung kepada apa yang korang request la. Nak menarik lagi, untuk tahun pertama ni tak perlu bayar deposit. Korang boleh request video, tengok hasil dlu. Kalau puas hati baru bayar.


rex studio, video editing, video editing services, motion graphic, corporate video, logo reveal, product promotion, teaser



Kat bawah ni aku belanja video yang aku (dan team aku) buat untuk event yang office aku organize. Kalau nak video lagi, boleh scroll IG Rex Studio (rexstudio17).


[Ni video teaser untuk conference]


[Video opening dinner]


[Video gimmick logo]


[Video AJK and participant]


Sunday, January 1, 2017

Welcome 2017


Welcome 2017.

Tahun baru. Azam baru. Cabaran baru.

Pejam celik pejam celik, dah masuk 2017. Azam tahun 2016, nak buat entri lagi panjang daripada entri yang INI. Tapi azam cuma tinggal azam. Lagi teruk pulak tu. 2015 ada 41 entri blog. Tahun 2016 cuma 5 je. Nampak sangat dah tua, kurang aktif dah berblogging. Kih3... Mujur la still ada pembaca setia macam Pha Is dan Amanina. Terima kasih diucapkan.

Azam tahun 2017, aku belum fikir lagi. Hahaha... Tapi untuk blog, maybe tahun ni aku cuba aktif sket. At least entri blog tu lebih daripada 5. 46 dengan 5, jauh sangat beza nyer tu. Tapi jangan risau. Menaip entri mungkin tak berapa aktif, tapi menerjah blog itu masih aktif.



Rexylla still tengan promo sampai 8 Januari 2017. Sesiapa nak beli jubah, blouse dan perfume, jom terjah. Harga murah2. Nak tahu harga mana yang murah, just PM atau WhatsApp je. KHAS untuk pembaca blog So Full of Myself, sebut nama aku (tak kisah la nama sebenar atau handle name untuk blog) akan dapat extra 10% discount.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...